Dilema Baju Raya

Ku di dalam,,... di.le.maaaaa..... (nyanyi macam lagu KRU)

Ok alkisahnya... Aku beli baju raya awal-awal dalam bulan 3 macam tu coz tak nak tergesa-gesa la kan. Biasa macam tulah. Baju raya pertama aku akan beli sebelum Ramadan lagi. Tahun ni baju raya beli kat seller online. Teman kali ni warna pastel : lilac + mint green. Tahun lepas tema pink + kelabu aku beli kat Vietnam sebelum puasa jugak.

Baju aku saiz XL (hmmm...bila la nak kembali ke saiz M?). My hubby saiz M dan anak saiz S. Baju aku dress mint green plus baby blue (susah nak cari mint + lilac wei). So aku plan nak beli tudung warna lilaz. So kira kena tema la kan. Tudung dah beli dah masa gi Ariani bln April hari tu. Ariani kat Senawang dan kebetulan ada happy hour 2 psc RM100. Harga asal 1 pcs RM99. Aku beli siap2 warna lilac dan mint green walaupun masa tu baju raya lilac belum cari lagi.

Baju yg aku order tu order processnya makan 14 hari. Bila baju sampai, memang cantik lah kainnya. Yang aku okey, cuma yg anak n hubby ketat sikit. Aku ke yg tak reti ukur? huhu... Dia orang baju kurta. So bulan Ramadan ni I suruh my suami supaya diet. Yg anak tak boleh nak cakap apa la, dia memang tak puasa pun, baru 4 tahun.

So sebelum menangis di hari raya coz baju tak muat, terpaksa la cari Baju Melayu pulak. Tunggu akhir Ramadan boleh turun cari kat bazaar dekat area stesen bas kuale. Harap ada la warna lilac yg murah2.

Selamat Berpuasa !!!

Comments

Popular posts from this blog

Pengembalian Lebihan Caruman KWSP

Cara Buka Akaun Perniagaan Maybank

PERCUTIAN ATAS KAPAL - STAR CRUISE LIBRA