Posts

Showing posts from February, 2016

Cabut Gigi

Image
16 Feb 2016

Aku beranikan diri ke klinik pergigian kerajaan. Dah lama menanggung sakit. Kejap sakit kejap hilang. Mujur sakit yang tak kuat sangat. Telan ubat tahan sakit, terus hilang. Tapi pada tarikh hari ini dalam sejarah seperti di atas, aku melangkah ke klinik. Tak toleh ke belakang lagi. Masa aku sampai tak ada pesakit lain. Mujur kena doktor perempuan.
Dua kali cucuk ubat bius. Dalam 5 minit kena cabut. Tak sakit pun. Lega. Cuma darah agak banyak. Maybe sebab debar dan makan jamu kata doktor.
Rasa nak pergi lagi..hikhik Yg best sebab dapat MC.


ADVANCE BIRTHDAY GIFT

Image
Gembira bukan main lagi my son bila dapat hadiah Car White. Walaupun car white idamannya adalah sebuah kereta AXIA milik mak sedarenye, tapi bila dpt small car white yg ni pun dia happy bukan main. Mula-mula langsar sana langssar sini. Maju ke depan, undur belakang. Semua dia try. Paling dia suka main key lah. Bunyi enjin yang mengaum tu bukan main dia suka. Kejap cabut kejap masuk key.

Just for you Umar Ziyad...




Me kat Sinar Harian - Profil Penulis

Image
Hari Khamis ( 28/1/2016)
Aku terima whatsapp dr wartawan Sinar Harian. Nak interview katanya. Jam 12.30 thari, masa tgh meeting, dia call. Tepat masa yg dijanjikan!
Dia pun aju itu ini. aku pun jawab la bala bala bla.
Dia mintak kirim gambar novel dan gambar aku tengah layan peminat. Tapi sebab dah lama tak join majlis layan2 peminat ni, so aku pun ambik gambar tengah sain novel sorang je. Huhu....
Hari Ahad berita I pun masuk. Hik hik! awal pagi dah pergi cari surat khabar. Sebelum ni dah bertahun tak membeli.