Posts

Showing posts from September, 2015

PARUT ~ MANUSKRIP TERBARU ZZ

Image
Salam buat semua yang sudi singgah kat teratak ZZ.

Dah lama tak update berita. Hari ni ZZ nak story sikit pasal karya terbaru ZZ yang belum jengah ke pasaran lagi (baru dalam penilaian) yg bertajuk PARUT ( bab letak tajuk ni ZZ fail...kalau boleh ZZ nak letak satu perkataan je untuk semua karya ZZ..boleh gitu?)

ZZ dah hantar manuskrip ni ke sebuah syarikat penerbitan bulan Februari. Sekarang dah September belum ada khabar. ZZ akan sentiasa bersabar. Dua karya ZZ sebelum ni dengan penerbit yang sama memang ambik masa setahun jugak untuk diterbitkan.

Parut genre misteri. Dah lama ZZ tak tulis genre kegemaran ZZ ni. Sebelum ni ZZ dah hasilkan dua karya misteri iaiatu KALUNG & MENJEJAK MEMORI keluaran KarnaDya.

Yuolls kalau teringin nak bermisteri jemput ke ilham karangkraf. ZZ ada masukkan beberapa bab Parut kat situ. Ramai jugak yang baca dan komen best.

Doa2kanlah karya ZZ ni diterbitkan ye.