Posts

Showing posts from April, 2015

Bercuti di UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Image
Dah lama merancang akhirnya menjejakkan kaki jugak kami ke sini. Terujanya aku tak usah nak cakap la sebab selain 1st time sampai S'pore, ini jugak 1st time aku sampai Johor. Kami ambik pakej 1 hari di S'pore dan 2 malam di JB. Kami bermalam di homestay Adam yang dekat dengan Danga Bay. Rumah 2 tingkat dengan 3 bilik dan 3 bilik air. Selesa sangat cuma ada malasah air je. Bilik beraircond semua. Semalam RM300.
Kami ke S'pore 15 Dec 2014. Hari Isnin. Sengaja pilih hari Isnin dgn harapan pengunjung tak ramai. Pakej pengangkutan dari Danga Bay ke USS pergi balik plus tiket RM210 dewasa dan RM170 kanak2. Kami ambik bawah cuti.my.
Pukul 7.00 pagi kami dah bertolak. Saampai USS dalam jam 9.00 pagi. Lambat sebab urusan cop pasport kat dua2 imegresen. Mula-mula masuk...wow.... macam kat Hollywood. Haha... reka bentuk bangunan memang ikut Amerika dan British. So boleh la feeling2 dok kat negara omputih. Kami ambik pamplet dulu dan cari money changer sebab tak sempat nak tukar ring…

SKRIN TABLET SAMSUNG 7.0 RETAK

Al kisahnya, setelah 3 tahun, akhirnya retaklah my tab 2 yg aku beli sekitar 2012 setelah beberapa kali dihempas anak kesayanganku.

Walaupun masih boleh guna, tapi rasa tak puas tengok skrin yang retak tu. Aku godek la kat internet nak tengok kos tukar cermin. Nampak ada semurah RM120 tapi tak tahu tablet jenis apa.

So, minggu lepas aku bawak la tablet ke Greentown Mall, Ipoh. Aku tahu tempat tu jer. Lagipun kat situ jugak aku beli tablet dan handphone. Aku ke kedai tempat yg sama aku tukar skrin hp. Skrin hp tukar tahun lepas kena RM160 (Samsung Galaxy Grand). Bila tengok Tab..katanya Tab 2. jenis lama. susah nak dpt spare part. Mujur kat dia ada lg. Kos RM190. Aku tak fikir panjang terus agree.

Tak sampai setengah jam dah siap. Pastu jalan2 nak cari cover pulak. Pun banyak kedai yang dah tak jual cover utk Tab 2. Mujurla last2 jumpa gak sebuah kedai. Harga? RM40...mak ai mahalnya. Hmm terpaksalah beli supaya skrin tak retak lagi dan lebih selamat.

Testing

PENAMBAHBAIKAN KAEDAH PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN DALAM PELAKSANAAN JADUAL GAJI MINIMUM -MAKSIMUM

ADA JUGAK KEBAIKAN TABLET

Image
Nak kongsi cerita... my story..

Kita sebagai ibu bapa tak seharusnya membiarkan anak2 untuk sentiasa bersama tablet. Aku setuju. Tapi kadang-kadang bila kita nak buat kerja (memasak, atau mencuci dll) kita terpaksa biarkan anak dengan tablet supaya kerja yg kita lakukan berjalan lancar dan cepat siap. Siapa setuju angkat tangan? Hihi...

My son Umar Ziyad pun tak terlepas. Walau baru berumur 2 tahun 1 bulan, dia cukup gemar dengan tablet. Dia suka dengan permainan Tom dan seangkatan dengannya. Merekalah kawan-kawan alam mayanya. Dia juga suka buka Youtube dan pandai pilih kartun dan lagu kanak2 yang digemarinya. Aku juga install beberapa aplikasi pendidikan untuknya seperti Flash Card, Rhymes dll.

Aku sendiri tak perasan bila dia mula kenal nombor 0 hingga 9. Tiba-tiba jer dia sebut five bila lihat nombor 5. Aku pun test nombor lain. Alhamdulillah dia kenal semuanya. Cuma nak sebut jer masih terbelit lidah ( my son lambat bercakap)

Sekian, terima kasih...

Pesta Buku ANTARABANGSA 2015

Image
Kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa 2015 di PWTC datang lagi. Bermula 23 April sehingga 3 Mei 2015. Maka berpusu-pusulah pencinta buku ke PWTC. Inilah masanya nak beli buku dengan harga murah gila. Inilah masanya jugak nak jumpa selebriti dan artis...dan tak lupa Novelist. 
Dah beberapa tahun aku miss Pesta Buku. Kalau tak silap sejak 2011 aku dah tak jejak kaki ke sana. Bukan tak nak pergi, tapi ada komitmen lain yang harus diutamakan. Tahun ni? Ermmm pun tak pasti lagi walaupun cadangnya 1 Mei nak turun KL sampai 4 Mei. Ada 'baby' ni susah sikit nak masuk tempat sesak. Anak pun mesti tak suka. Rimas. Lain la kalau bujang...
Siapa2 yg pergi tu bolehlah try usha novel pertama dan keduaku bersama Buku Prima 1. Hanya PadaMu 2. Mak Datin, Isteri Cikgu Tengok kat booth Karangkraf. 
Selamat Berpesta!!!