Saturday, August 2, 2014

Salam Lebaran

Dah syawal ke 6 rupanya. Tahun ni beraya di kampung aku lagi. Sejak berkahwin dan sebelum kawen every year aku akan sambut raya di kampung halaman ku yg tercinta ♥♡♥♡ Tahun ni semua ahli keluarga beraya di kampung. 9 adik beradik berkumpul. Meriah dan riuh rendah jadinya. Dari Seremban..Bangi..Semenyih..Lumut..Kuala Kangsar berkumpul di Pengkalan Hulu, Perak. Gembira hati bonda anak2, menantu dan cucu2 berkumpul. Anak 9 org, menantu 6 org dan cucu 16 org. 2 tahun sekali baru dpt berkumpul ramai2. Tahun dpn beraya di rumah mentua masing2 ♥♡♥♥ Tahun ni takde menu special hari raya pertama.  Sebabnya raya pertama kami semua jalan2 ke rumah tok sedara, mak long, mak ngah, mak lang & mak su. Petangnya semua pengsan.  Budak2 pun xder dtg rumah. Huhu.  Tetamu tak ramai thn ni. Raya ke2...kami Generasi Tok Fakeh Nawi aka GTFN ada buat majlis santai raya. Menu utama BBQ ayam, sate, bihun goreng.  Kenyang perut. 

p/s : Putih menjadi tema raya tahun ni. Baju sulam fr Bukit Tinggi menceriakan suasana.  Ramai puji cantik. Dah mcm rakyat kayangan.

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...