Saturday, August 16, 2014

Parut In The Making

Cerita yg aku mula tulis penghujung 2012 selepas Mak Datin Isteri Cikgu terbit di pasaran. Sehingga skrg belum siap :-( Target nak siapkan dlm thn ni jugak sebelum nak mula manuskrip baru. Dan target thn depan diterbitkan. Aku berharap sgt selepas 2013 dan 2014 sepi tanpa karya.
Minat menulis ada, idea pun ada...yg kurang adalah waktu. Anak sdg membesar. Dah setahun 5 bulan. Sgt2 memerkukan perhatian sepanjang masa krn hobinya skrg memanjat dan menyelongkar brg.
Parut dgn latar tempat daerah kelahiranku dan kawasan2 sekitar.  Dah lama simpan hasrat nak tulis novel dgn mengenengahkan tempat2 menarik di sana, dan kali ini aku berkesempatan menulis dlm Parut. Novel kali ni genre seram misteri...sebuah genre yg dekat dgn hati ku.  Sebelum ni dah 2 novel yg aku hasilkan dgn genre yg sama iaitu Kalung terbitan 2007 dan Menjejak Memori 2 thn kemudian.  Genre begini agak mencabar berbanding genre cinta. Otak kena perah lebih sikit supaya pembaca tak bosan.
Biasanya aku menulis lepas anak tidur dan bangun lebih awal dr biasa sebelum bersiap ke sekolah. Doakan supaya saya dpt menghasilkan manuskrip terbaik. Tq.

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...