Saturday, July 19, 2014

Perhatian 24 jam

My son dah pun menjangkau 1 tahun 4 bulan dan 16 hari. Waktu2 yg amat mencabar. Dia memerkukan perhatian 24 jam. Leka sesaat, adalah benda yang masuk ke dalam mulutnya...atau memanjat kerusi dan meja..atau menghilang diri di dalam bilik2 dan almari... Fuh inilah dugaan sebagai seorang ibu yg belum ada pengalaman. Pada usia begini anak2 cukup gemar menyelongkar. Dia akan menarik mana2 laci yg tidak di ikat atau tak dikunci. Segala barang akan disepahkan. Mainan yg dibeli penuh satu raga tak ada pulak keinginannya utk bermain atau menyelongkar. Yg bukan mainan itulah yg dikejarnya. Tgk tv pun sekejap je....menyelongkar yg lebih. Kdg2 tercabar juga kesabaran. Hiasan kaca segala sudah disimpan supaya anak tak sentuh. Penat memang penat. Bila dia dah tidur barulah boleh cuci kain..mengemas dan memasak. Tapi bila semua kerja dah siap tak sabar pulak tunggu dia bangun. Rasa sunyi sgt. Seronok sebenarnya 'berperang" dgn dia hari2. 

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...