Saturday, April 12, 2014

Bukit Bendera @ Penang Hill

Cuti sekolah bulan Mac yg lalu, kami sebahagian warga FZ ke Penang Hill.  Dari kg ke Penang Hill dekat 2 jam ikut jambatan lama. Sampai sana tengah hari. Mak ai ramainya orang beratur nak beli tiket. Mulanya dah rasa malas dah...tapi bila beratur rupanya kejap je dah berjaya beli tiket. IC kena tunjuk yuolls utk pastikan kita warganegara. Tiket dewasa rm8 je..kanak2 separuh harga. Bukan warganegara rm30 tau. Akhirnya berjaya jugak beli tiket.

Proses beratur nak tunggu kereta kabel makan masa 15 minit jugak. Naik macam sardin. Nak duduk kena serbu. Hehe.. aku dpt tempat duduk coz aku dukung baby. Ramai pak arab time tu.

Ini kali ke2 aku sampai bukit bendera.  Dah berbeza sejak 10 thn yg lalu. Dulu naik kereta kabel separuh jln je...lepas tu kena tukar kereta kabel lain dekat stesen tengah2. Leceh. Sekaranh terus je naik ke atas. Tak sampai 5 minit dah sampai. So baby pun tak sempat boring dok dalam kereta kabel tu.

Teropong masih ada. Cuma berbeza sikit. Dulu bayar rm1. Skrg pun
sama. Bentuk je berbeza. Dulu Teropong panjang skrg pendek. Ada kerja2 membaiki kat lereng2 bukit. Kat atas tu ada cafe, muzium bjrung hantu, kedai cenderahati, tempat makan dan byk lg. Tak sempat nak teroka  sbb perut kami lapar. Terus cari tempat makan. Kami makan ais krim, cendol dll. Sedap sesuai dgn harga. Sempat aku beli t shirt for me and my son.

Tapi my son time tu merengek je. Tak dan nak nikmati makanan. Hehe...baby pun lapar gak rupanya.

Masa nak turun tu pun x lama sangat menunggu train. Sampai bawah semua kepenatan sbb kena jkn jauh ke tempat parking. Cadang lepas tu nak ke Nasi Kandar Beratur. Rupanya bukan jam 10 mlm. Huh. Sudahnya weolls makan nasi kandar dekat USM. Sebelum tu singgah kat masjid USM. Solat dan mandikab anak2. Sebelum balik weolls singgah kat kedai jual jeruk Madu Pak Ali.
That's all....the end.

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...