Saturday, December 27, 2008

Perjumpaan Penulis B.Prima

Semalam (26/12) aku menghadiri pertemuan penulis-penulis buku prima yang diadakan di ofis bp, Shah Alam. Memandangkan aku kini sebahagian warga b.prima, jadi aku luangkan masa untuk menemui penulis-penulis di bawah prima, selain dapat berkenalan dengan warga kerja b.prima. Sebenarnya, memang pada tarikh tersebut aku mempunyai urusan di KL.
Aku bertolak ke KL sehari sebelumnya iaitu pada 25/12 (Khamis) dan bermalam di Bangi, rumah saudaraku. Awal pagi 26/12 aku menaiki komuter menuju ke stesen BTS. Di sana aku bertemu dengan novelis yang sudah lama aku kenal cuma belum pernah bersua muka iaitu Ramlah Rashid (Kak Ila). Tak sangka orangnya kecil molek saja. Selesai urusan kami di Damansara, suami Kak Ila menghantar kami ke sebuah pusat membeli-belah di Shah Alam. Merayaplah kami di sana selama 2 jam. Sekitar jam 2.30 kami menaiki teksi ke tempat pertemuan penulis2. Malang sekali driver teksi pun tak tahu, so berpusing2lah kami di situ sehingga berjaya mengesan kedudukan bangunan Dasar Cetak. Ketika kami tiba, hanya beberapa orang penulis sahaja yang sudah hadir. Menunggulah kami sehingga jam 3.30ptg. Kak Sharah menerangkan perancangan untuk tahun 2009. Alhamdulillah kerana syarikat penerbitan b.prima semakin bertapak kukuh dan dikenali. Kemudian sesi soal jawab diadakan. Penulis berkesempatan bertanya soalan dan memberi pandangan.
Berkesempatanlah aku berkenalan dengan beberapa orang penulis. Ada juga yang sekadar menghadiahkan senyuman. Selain Ramlah Rashid, aku berkesempatan berkenalan dengan Nurul Syahida (novelis Plain Jane & Soalnya Hati), Dyza Ainun (Lamaran Hati), Indah Hairani (Hanya Sebatas Ini), Izzah Joelati (Janji Kita & Menjaring Mimpi), Rosa Nur Imani (Kaulah Segalanya), Hjh Kamsiah (novel bersama prima akn muncul thn depan), Nasron Sira Rahim (Enigma) dan ramai lagi.
Aku juga berkesempatan membeli beberapa buah novel yang memang susah nak dapat kat tempat aku melainkan novel terkini sahaja. Lagipun dapat potongan jika beli terus dari b.prima. Editor b.prima sempat bertanya bila nak hantar manuskrip baru. Aku pun cakap la dalam proses.. padahal tahun depan baru nak start mengarang.. hehe.. Penulis2 lain pulak bila novel dia orang diterbitkan terus hantar manuskrip baru. Aku pun nak jadi macam tu juga, Insya Allah tahun depan. (ceh, tahun depan lagi!) Salah satu azam aku tahun 2009 ialah mahu mengarang bersungguh-sungguh, aku nak belajar mendisiplinkan diri. Hari-hari mesti tulis, macam kata Kak Ila.
Bila ditiup kata-kata pembakar semangat, barulah semangat aku akan berkobar dan menyala-nyala untuk menyudahkan cerita yang dikarang. Namun beberapa ketika kemudian, akan menurun dengan sendirinya disebabkan penyakit M. Tahun 2009 aku nak buang jauh2, penyakit tu. Memandangkan 2009 masih belum menjengah, aku nak relax2 minda dulu...ceh!

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...