Wednesday, January 3, 2007

Selasa, 2 Januari...

Ke pasar beli ayam dan sayur. Tak lupa beli paper B.Harian. Hantar benda-benda tersebut ke rumah. Patah balik ke pekan Kroh dan terus ke Baling. Singgah di perpustakaan awam. Hantar dua buah novel yg dipinjam tahun lepas… keduanya karangan Nass Alina Noah bertajuk Er... Excuse Me! dan Asmara yang Pertama. Memang best jalan ceritanya terutama Asmara Pertama tu. Mengisahkan perebutan dua orang adik beradik yang tak seibu dan sebapa, Ratna dan Mayang/Matielda terhadap Tengku Farris/Lutfi Hakimi. Sad ending. Adik saya sampai bengkak mata coz sedih sangat. Renew kad library yg dah habis tarikh tu. Melayang RM10. Pinjam lagi dua buah novel bertajuk Mencintaimu dari pengarang yang sama dan Kasih Kita (Najwa Aiman).

Singgah di kedai kat Baling lama. Beli barang sikit. Balik.
Petang… hujan sekejap setelah hampir seminggu tak nampak air hujan. Kat selatan dan Pantai Timur banjir. Syukurlah sini tak sebab kawasan tanah tinggi.
Drama Korea Sassy Girl tak ketinggalan. Semakin benci dengan watak pak cik sebab sanggup curi mesej yg ditinggalkan Mong Ryong utk Chun Hyang. Mong Ryong ajak C.Hyang ke Namwon utk memulakan semula perhubungan mrk. Kesian Mong Ryong lama menanti di stesen.

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...