Monday, January 1, 2007

Aidiladha dan detik dua belas malam

Hari raya bangun awal dari hari biasa. Siapkan hidangan hari raya iaitu laksa penang sahaja. Kuih langsung tak buat. Baulu aje yang beli, dan juga kek. Jam 10am semua siap. Budak-budak mula datang bertamu. Mujurlah semuanya makan laksa. Sepupu (anak-anak Mak Long) juga ada datang. Tetamu di aidiladha tak seramai tetamu di aidilfitri.

Sebelah petang dah tak ada tetamu. Bersama kakak dan adik-adik, pergi ke rumah Mak Ngah yang mengadakan kenduri korban. Makan daging rebus cicah air asam. Mmm... memang sedap tapi makan sikit je sebab perut dah kenyang makan laksa.

Jam. 5.00pm menonton dokumentari Yusuf Islam yang mengangkat gitarnya semula dan mengeluarkan sebuah album pop.

Malam...sepupu-sepupu pulak yang datang. Riuh rendah jadinya. Salah seorang sepupu minta layar internet. Dia mahu print borang pertukaran guru. Malangnya tak dapat buka borang.

Jam 11.30pm... sembang-sembang dengan adik sambil menunggu detik dua belas malam. Tiba-tiba terdengar dentuman bunga api tepat jam 12. Cepat-cepat keluar dan nampak bunga api di angkasa. Terus ikut arah datangnya bunga api. Rupa-rupanya belia kampung yang pasang bunga api dekat dataran. Ramai yang datang menyaksikannya.

Apa azam tahun baru? Hmm... cadang nak mencoret hari-hari di blog. Lain-lain azam? Biarlah rahsia.....

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...