Friday, November 24, 2006

Pertama Kali

Walaupun dah 2 novel diterbitkan, tapi inilah pertama kali saya mengikuti bengkel penulisan. Best sangat. Barulah nampak sikit betapa kurangnya ilmu saya dalam bidang penulisan. Dan saya tambah bersemangat hendak menghasilkan karya lagi terutama bila dengar ceramah Kak Aina Emir. Harap tercapai impian saya nak menghasilkan novel awal remaja...amin.
Ramai sangat yang menghadiri bengkel tersebut. Ini menunjukkan dunia penulisan semakin mendapat sambutan. Teringin nak bergambar dengan Kak Aina waktu tu tapi segan. Bengkel bermula jam 10am dan habis 3.30pm. Lepas tu pegi shopping kat KL dgn adik. Maklumlah... sekali sekala datang KL. Hari Isnin pagi dah bertolak balik kampung.

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...